Thursday, January 12, 2012

Photojournalism

Photojournalism atau dikenali sebagai kewartawanan yang menyampaikan bahan berita untuk disiarkan atau dicetak sebagai gambar untuk menyampaikan sesuatu berita.Ia biasanya difahami dengan merujuk kepada gambar yang tidak bergerak,tetapi dalam masa-masa yang tertentu ia juga merujuk kepada video yang digunakan dalam kewartawanan siaran.Photojournalism mempunyai banyak cabang antaranya dokumentari fotografi,fotografi dokumentari sosial,fotografi jalanan atau fotografi selebriti.

--- Ketepatan masa - peristiwa-peristiwa yang diterbitkan.

---Objektif - untuk merakam sesuatu gambar atau video untuk menunjukan berlakunya sesuatu peristiwa.

---Penceritaan - gabungan gambar dan unsur-unsur berita yang lain untuk membuat fakta yang lebih tepat kepada penonton dan pembaca.

Seperti penulis photojournalist atau wartawan,mereka perlu membuat sesuatu liputan dengan serta-merta mengikut peristiwa yang berlaku seperti,rusuhan,bencana alam,perang,kemalangan,ataupun sukan.Mereka juga perlu membawa peralatan seperti kamera,video kamera,perakam suara dan pembesar suara.Photojournalist ini juga selalunya akan terdedah dengan perkara-perkara yang berisiko seperti cuaca,kencaman orang ramai,dan sesuatu perkara yang kita tidak jangka akan berlaku.Sekiranya kita hendak menjadi seorang photojournalism,bukan sesuatu perkara yang mudah,malah anda perlu mempunyai persiapan mental dan fizikal yang kuat dan yang paling utama keberanian yang tinggi,ini kerana kita akan berjumpa bermacam peristiwa atau bencana yang berlaku.Ini saja yang dapat dikongsikan pada hari ini,sekiranya anda mempunyai minat atau cita-cita menjadi wartawan penyiaran banyak perkara yang anda perlu pelajari.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday, January 10, 2012

This all about my life.

Gambar-gambar ni di panggil "Art" ataupun "Still life".Gambar-gambar macam ni sebenarnya datang dari mata kita sendiri,apa yang kita fikirkan,dan perasaan kita,nanti terhasil la gambar-gambar macam kat bawah tu.Gambar-gambar yang ada dekat bawah ni diambil dalam perasaan dan fikiran yang berbeza.Mungkin setegah orang nak meluahkan apa yang mereka rasa,mereka akan buat lagu,puisi,melukis,dengan rakan ataupun lain-lain.Untuk aku,aku akan meluahkan apa yang aku rasa melalui gambar,"I can't draw,so i take a picture" itu aku.Mungkin orang akan faham apa yang kita nak sampaikan melalui gambar,ada jugak yang kurang faham dan ada yang tak faham langsung.Jadi setiap gambar itu aku akan letak caption,untuk orang mudah faham apa yang aku hendak sampaikan.


Ini antara koleksi "Art" ataupun "Still life" yang aku ada.




"Aku hampa dan kecewa"


"Fighting for freedom"


"Menunggu hatimu terbuka untuk mengisi kekosongan ini"


"Beri aku peluang untuk meluahkan isi hati ini"


"Kita berbeza,kita tidak sehaluan,diriku dirimu jauh berbeza,tapi hakikatnya kita serupa"


"Aku masih jurugambar"

Ni saja yang dapat dikongsikan,sekiranya ada yang berminat untuk mengambil gambar seperti ini,boleh pergi ke lawan web yang berkenan dengan Art,still life,Fine art,dan berbagai lagi.

"SETIAP GAMBAR ADA CERITA"

Saturday, January 7, 2012

Kesan Khas Dalam Fotografi:Light Effect Atau Light Motion

Ape itu "Light Effect" atau "Light Motion? ini adalah teknik kreatif dalam fotografi.Apa bila kita memusingkan lens atau pun kamera,ia akan memberi kesan daripada cahaya yang berada dibelakang atau disekeliling sabjek yang kita ambil.Apa peralatan yang anda perlukan :


Flash atau Speedlite


Tripod


Trigger


Cara-caranya seperti berikut:
  1. Pasang speedlite anda pada tripod.
  2. Trigger diletak pada atas kamera anda
  3. Letakkan tripod disebelah kiri atau kanan subjek
  4. Kelajuan shutter hendaklah dalam keadaan rendah 1/10 kebawah
  5. Aperture pula mengikut kesesuaian keadaan.
  6. Pastikan dibelakang subjek ada sumber cahaya,seperti lampu.
  7. Fokus pada subjek
  8. Pusingkan lens anda atau memusingkan kamera anda.
Ini hasil yang akan anda dapat:












Bayak lagi cara yang anda boleh buat,tapi semua bergantung pada kreativiti masing2.Ini saja yang dapat dikongsikan.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, January 6, 2012

Light Painting Tutorial Video


mintak maaf banyak2,sebab aku tak terangkan cara2 nak buat "Light Painting" tapi aku bagi tengok video ni,semua dia terangkan.


SELAMAT BERKARYA!

Kesan Khas Dalam Fotografi:Light Painting

Light painting atau Light grafitti adalah sebuah teknik fotografi dimana pengambilan gambarnya dilakukan lebih pada malam atau pada sebuah ruangan yang gelap menggunakan hand-held light atau sumber cahaya ataupun dengan kamera yang digerakkan.

Ini adalah contoh-contoh gambar "Light Painting"



contoh 1 ini menggunakan pemetik api.



contoh 2 menggunakan lampu picit atau hand-held light .



contoh 3 ini hanya menggerakkan kamera saja.


sebenarnya saya kurang pandai dalam teknik sebegini,tapi saya memahami apa itu "Light Panting" saya sekadar berkongsi apa yang saya faham,jika ada kesilapan harap ditegur.


SELAMAT MENCUBA!


Asas fotografi 2:Aperture

Aperture adalah berapa luas iris lens kamera yg dibuka.Lagi luas dibuka,lebih banyak cahaya yang masuk.

Aperture yang luas mewakili nombor yg paling kecil seperti contoh f/1.4.Aperture yang kecil pula mewakili dengan nombor yang besar,seperti contoh f/16.Aperture yg besar cuma boleh fokus pada satu bahagia saja,berbeza dengan aperture yg kecil f/16 akan fokus pada semua benda yg diambil.Jarak didalam fokus dipanggil juga sebagai "Depth Of Field"



Aperture F14

Aperture F5.6



SELAMAT BERFOTOGRAFI!!!

Asas fotografi 1:Apa Itu Shutter Speed.

Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya.Penggunaan shutter speed yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan.Shutter speed yang kurang,akan mendedahkan lebih banyak cahaya.Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut.Sekiranya anda mengambil gambar penunggang motosikal atau kerata,gunakan kelajuan yg tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat.Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau aliran air terjun atau pun air pancut.Jika mahukan kesan yg lagi menarik pada gambar anda,gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya.Shutter speed perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek.Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

Ini adalah teknik yang dipanggil "panning"


Ini adalah teknik yang di panggil "slow shutter" teknik ini sesuai digunakan untuk menggambil gambar-gambar seperti,cahaya lampu,aliran air atau pun titisan air..



SELAMAT MENCUBA!

Antara Koleksi Gambar Perkahwinan.






Ini antara koleksi-koleksi gambar perkahwinan yang saya telah ambil.Harap ada yang puas hati dengan hasil-hasil kami.



Thursday, January 5, 2012

Salam Perkenalan..


Salam semua,disini saya ingin memperkenalkan diri saya..ok,pertama sekali,nama saya MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD HAMSAM,saya dilahir pada 23/10..di Hospital Universiti Kuala Lumpur,dan saya dibesar di Kluang,Johor.pendidikan pula,Sekolah kebangsaan Parit Nawi,Sekolah kebangsaan Kluang Barat,Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil dan Sekolah Menengah Teknik Kluang,Johor..sekarang saya penuntut IPTS di LIMKOKWING UNIVERSITY,dan mengambil jurusan dalam Diploma In Digital Photography.Dalam masa yang sama saya membuat kerja sambilan mengambil gambar perkahwinan dll.BELALANG D'SELATAN,itu adalah group photo saya..kami menyediakan pelbagai perkhidmatan.Jika ada yang berminat untuk mengguna perkhidmatan kami boleh hubungi kami.




Assalamualaikum,pembuka bicara..

Ok,sebenarnya blog aku ni dah lame wujud,cuma aku lame sangat aku tak tengok,last2 aku buang sume post yang lama..ni kira blog fresh la,blog ni sekarang aku nak share segala-galanya pasal photography,dan selit2 la pasal rutin harian aku..harap2 kowg2 semua boleh terima dan beri sokongan pada aku.