Thursday, January 12, 2012

Photojournalism

Photojournalism atau dikenali sebagai kewartawanan yang menyampaikan bahan berita untuk disiarkan atau dicetak sebagai gambar untuk menyampaikan sesuatu berita.Ia biasanya difahami dengan merujuk kepada gambar yang tidak bergerak,tetapi dalam masa-masa yang tertentu ia juga merujuk kepada video yang digunakan dalam kewartawanan siaran.Photojournalism mempunyai banyak cabang antaranya dokumentari fotografi,fotografi dokumentari sosial,fotografi jalanan atau fotografi selebriti.

--- Ketepatan masa - peristiwa-peristiwa yang diterbitkan.

---Objektif - untuk merakam sesuatu gambar atau video untuk menunjukan berlakunya sesuatu peristiwa.

---Penceritaan - gabungan gambar dan unsur-unsur berita yang lain untuk membuat fakta yang lebih tepat kepada penonton dan pembaca.

Seperti penulis photojournalist atau wartawan,mereka perlu membuat sesuatu liputan dengan serta-merta mengikut peristiwa yang berlaku seperti,rusuhan,bencana alam,perang,kemalangan,ataupun sukan.Mereka juga perlu membawa peralatan seperti kamera,video kamera,perakam suara dan pembesar suara.Photojournalist ini juga selalunya akan terdedah dengan perkara-perkara yang berisiko seperti cuaca,kencaman orang ramai,dan sesuatu perkara yang kita tidak jangka akan berlaku.Sekiranya kita hendak menjadi seorang photojournalism,bukan sesuatu perkara yang mudah,malah anda perlu mempunyai persiapan mental dan fizikal yang kuat dan yang paling utama keberanian yang tinggi,ini kerana kita akan berjumpa bermacam peristiwa atau bencana yang berlaku.Ini saja yang dapat dikongsikan pada hari ini,sekiranya anda mempunyai minat atau cita-cita menjadi wartawan penyiaran banyak perkara yang anda perlu pelajari.

SEKIAN TERIMA KASIH.